Maafkan gampang di ucapkan

Kata memaafkan

Bila kita disakiti, ingatlah kita juga pernah menyakiti. Bila kita dizalimi, ingatlah kita juga pernah menzalimi.

Jika kita rasa sedih hari ini oleh seseorang, ingatlah kita juga pernah membuatkan orang merasa sedih.

Apabila orang yang menyakiti kita jatuh atau ditimpa musibah, ia bukan kerana karma atau kerana hebatnya doa kita.

Itu adalah bahagian ujian masing², kita sendiri bakal hadapi ujian sendiri. Usah menanti derita orang lain. Tiada manusia akan bahagia atas penderitaan orang lain, kerana ia bahagia yang palsu.

Kita semua tidak sempurna, pasti berdosa pada Allah dan bersalah pada manusia, maka jangan selalu dihitung salah manusia pada kita, kerana ia membuatkan kita mudah lupa pada kebaikan orang pada kita.

Ketika sayang bertukar menjadi benci, yang baik tetap harus diingati, maka kita tidak akan lupa diri.

Akhirnya, carilah damai dalam sesuatu peristiwa, memaafkan orang lain pada hari ini bererti kita memaafkan masa lalu kita. Mudahan orang yang pernah kita sakiti juga memaafkan kita hari ini.

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Yang dilihat bahagia,
Mungkin sedang derita.
Yang nampak hina,
Mungkin dia mulia.

Yang dilihat salah,
Mungkin ia benar.
Tak rugi mengalah,
Yang penting tetap sabar.
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *